Pages

Thursday 22 December 2011

Aku Sunyi Kehilanganmu.....

Sekarang hidup aku jadi sunyi kembali. Tidak macam sebelum, setiap hari aku rasa seperti tidak gembira je...tiada siapa yang mengetahui apa yang ada dalam hati aku sekarang. Dulu aku telah kehilangan seorang wanita yang teramat aku cintai sampai sekarang aku masih tidak boleh melupakan dia...betul apa yang dia bagi tahu pada aku dulu, "jangan menyesal tinggalkan dia". Walau aku menyesal pun aku terpaksa menerimanya kerana semua tu sudah terjadi..jadi aku redha dan aku di ketemukan dengan seorang wanita yang mempunyai ciri-ciri yang sama macam dia, dari segi perwatakan, perangai...boleh di katakan semuanya sama.....dengan pertemuan itu aku rasa bahagia bersama dia..aku teruskan hubungan aku dengan dia ke lebih serius lagi...aku memang bahagia sangat dengan dia, walaupun kami berjauhan tapi aku rasa dia macam dekat je dengan aku sampai setiap kali aku melakukan sesuatu mesti aku menggingati dia. Setelah hampir 3 tahun aku bersama dia akhir aku kehilangan dia....dia meminta aku meninggalkan dia tanpa sebarang alasan....aku hampa dengan permintaan dia...kini aku sendiri, kesunyian di buai kesedihan. Aku sunyi selepas kehilangan dia...kini aku tercari-cari dimanakah pengganti dia..tapi aku masih belum ketemu walau dah berkali-kali aku mencari. aku hanya menyepi sendirian....

Wednesday 21 December 2011

Doktor Silap potong Semasa Berkhatan!


JITRA – Biarpun sudah hampir sebulan berkhatan, dua beradik masih menderita kesakitan kerana doktor dikatakan tersilap teknik dan tidak memotong hujung kulit zakar mereka sepenuhnya.
Selain sakit setiap kali mahu membuang air kecil dan masih memakai kain, Mohd Iskandar Zulkifli, 10, dan adiknya, Mohd Shah Ikmal, 7, bertambah kecewa apabila doktor memberitahu mereka terpaksa dikhatankan sekali lagi dalam tempoh setahun akan datang. “Sudah hampir sebulan kami menderita kerana menahan sakit akibat lebihan kulit zakar kami tidak putus sepenuhnya. Kami malu sebab rakan lain sudah boleh berjalan dan bermain, tapi kami masih memakai kain pelekat,” kata Mohd Iskandar. Dua beradik itu yang tinggal di Taman Mahsuri di sini, dikhatankan seorang doktor wanita ketika menyertai program berkhatan di Alor Setar, dekat sini, pada 26 November lalu.
“Saya dan adik trauma sehingga sekarang malu bertemu rakan kerana kami masih belum sembuh dan dikatakan masih belum masuk Jawi sepenuhnya,” kata Mohd Iskandar ketika ditemui di rumahnya, semalam. Ibunya, Rosni Ahamad, 48, berkata dia mengesan masalah dihadapi dua anaknya ketika membuat pemeriksaan pada kemaluan mereka dan mendapati bahagian itu seperti tidak berkhatan, malah berlaku pendarahan kerana luka masih belum kering. Rosni berkata, dia dan suami, Zulkifli Zabidi, 55, membuka balutan luka pada kemaluan anaknya untuk memeriksa disebabkan mereka mengadu terlalu sukar dan berasa sakit ketika membuang air kecil.
“Saya dan suami terkejut melihat pendarahan agak teruk dan keadaan zakar anak saya seperti tidak berkhatan. Selepas membuat pemeriksaan, saya dapati ada luka pada pangkal zakar anak sedangkan bahagian kulit yang sepatutnya dibuang tidak dipotong. “Sejurus selepas itu, kami terus membawa anak ke sebuah klinik swasta, namun mereka meminta kami merujuk perkara berkenaan ke hospital kerana bimbang ia akan memburukkan keadaan. “Kami kemudian pergi ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar, namun doktor memberitahu secara teknikal anak kami belum berkhatan,” katanya.
Menurutnya, doktor di HSB itu turut menasihatkannya mengkhatankan semula Mohd Iskandar dan Mohd Shah dalam tempoh agak panjang iaitu sehingga setahun akan datang.

Warkah Buatmu


Assalamualaikum...
Apa khabar bidadariku? Semoga bakal isteriku ini sentiasa tenang berada dalam pemeliharaan Allah S.W.T. Amin Ya Rabbal alamin..
Bidadariku,
Tahukah dikau yang aku sentiasa merinduimu? Aku sentiasa berdoa agar dipertemukan denganmu kelak dan sesunggunhnya Allah itu maha adil lagi maha mengetahui. Dia telah menemukan aku denganmu.. Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini, namun aku dapat merasakan bahawa engkaulah gadis solehah yang aku cari-cari selama ini.
Sayangku,
Sesungguhnya aku amat tertarik akan keindahan akhlak peribadimu dan itu amat membuatkan hatiku berdebar saat bertemu denganmu walaupun kau sentiasa menundukkan pandangan mata. Aku masih dapat melihat terpancarnya sinar nur dari wajahmu. Aku tidak memandang pada kejelitaan.. walau kurangnya paras rupamu, aku tetap bertekad ingin menyuntingmu buat menjadi isteriku dunia dan akhirat.
Wahai bidadariku,
Aku tidak sabar untuk menjadi suamimu.. merawat luka dan menghiburkan hatimu agar dikau sentiasa bahagia dalam mencari redha Ilahi, ku juga ingin merasa belaian mesra dari mu. Kerna itu aku sentiasa berdoa agar dikau menjadi pendampingku.
Kekasihku,
Aku ingin sentiasa membisikkan kalimah-kalimah suci di telingamu.. agar dikau dapat merasakan besarnya keagungan Allah s.w.t. Ku ingin mengejutkanmu saat malam yang dingin untuk sujud menyembah Ilahi.. Aku ingin membimbingmu dan aku juga mahu agar dikau sentiasa bersedia untuk menegur segala kekhilafanku.
Buat bakal isteriku,
Redha dan terimalah atas apa-apa sahaja ketentuan-Nya. Kerana Dia lebih mengetahui.. Jika benar kau adalah jodohku dan bakal calon bidadariku, aku memohon pada Ilahi agar dipercepatkan ijab dan kabul ini agar aku sah menjadi suami yang dapat mengimamkan solatmu..
Sekian sahaja warkahku ini..
Hanya satu pesananku. Jika kau mencintaiku, cintailah aku kerana Ilahi. Kerana aku hanya manusia biasa yang tidak punya apa-apa melainkan sekeping hati yang ikhlas mencintaimu kerana Allah..
Ikhlas daripada bakal suamimu..
KAKITANGAN Bank Negara, Noor Aimah Mohd Nor, 32, menunjukkan nota wang kertas Malaysia yang terbaru termasuk nota wang kertas RM20 yang baru sempena Majlis Pelancaran Matawang Malaysia Terbaru di Kuala Lumpur

Ayat Cinta Kepada Kekasih


Biarpun ayat-ayat cinta itu sudah tua, rapuh, luluh dan lusuh,
Cinta itu tetap Segar Mekar dan Semakin Dalam,
Cinta itu yang Kau beri,
Cinta itu dengan Hati, Sanubari, Rohani & Jasmani,



Dengan Cinta Datangnya Sabar,
Orang Bercinta tiada Gusar,
Apa berlaku hanyalah Mata Kasar,
Mata hati tetap berkobar-kobar.

Dengan Cinta tiada Was-Was,
Apa dibuat biarlah berbalas atau tidak berbalas,
Waktu bersua, diri sentiasa kemas,
Wangian harum, percikannya ikhlas.
Dengan Cinta Sentiasa Mahu Berhubung,
Juga Rasa Mahu Bersama,
Harapan tinggi sampai ke penghujung,
Selepas Nyawa bertemu di Syurga
Dengan Cinta datang pengorbanan,
sentiasa hidup dalam bantuan,
Sungguh indah Hidup Bertuhan,
Kerana Allah, Cintaku murnikan.

Lembaran Cinta tanda kekuasaan,
Sentiasa ada sepanjang Zaman,
Melalui Kekasih Dia Sampaikan,
Buat pedoman cinta sepanjang Jalan.
Dengan Cinta penuh Pengharapan,
Takutnya hilang cinta dari Tuhan,
Sentiasa Diri dalam Persiapan,
Sampai waktu, akan disemadikan.
Ya Allah! Aku minta kepada Engkau semua kebaikan masa kini dan akan datang samada yang aku ketahui atau tidak dan tahu dan aku berlindung kepada Engkau dari semua kejahatan yang masa kini dan akan datang samada yang aku tahu atau tidak.

Doa itu adalah Ayat-Ayat Cinta kita Kepada Pencipta, Allah Swt. Semoga Cinta Kita Terus Mekar Mewangi.
قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
"Katakanlah (Wahai Muhammad): Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(Surah Ali-Imran 3:  Ayat ke 31)

Assignment Punya Pasal

Gambar aku dengan kawan sekelas dan dua pasangan dari negara luar. ni assignment punya pasal la, assignment English Communication masa aku sem1 da...kena interview dia orang. first time berbual dengan mat salleh n mek salleh..macam-macam kena tanya sampai blurr!!! tak tahu nak tanya apa...dah la aku ni kurang mahir sikit bab-bab speaking tambah pulak mat salleh tu kurang fasih dalam bahasa antarabangsa, mana tak nya dia asal dari norway..jadi makin susah la kerja aku. tapi nak buat macam mana, markah punya pasal buat yang termampu dan alhamdulillah la lecture aku terima....

Grand Final Futsal Liga IPT 2011 UiAM Kuantan

Gambar kenangan first game aku main untuk team Politeknik Kota Bharu (PKB) di peringkat Grand Final....
Lepas ni harap PKB layak lagi ke peringkat Grand Final..memang best giler main di peringkat Grand Final sebab semua saingan hebat-hebat walaupun di peringkat awal lagi...pape pun Good Luck kawan!!!

Jiwa rasa kosong?

... Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan." - (Surah Ali-Imran : 148)
Duhai insan,
Jiwamu terasa kosong?
Perlu peneman,
Kekasih hati yang prihatin,
Pengisi jiwa ragamu itu.
Tapi tahukah kamu,
Cinta yang kamu dambakan itu menyakitkan.
Sering pula ia mengecewakan,
Selagi dia belum halal untukmu,
Selagi itu ia menyeksakan jiwamu.
Kamu dan dia belum ada ikatan,
Itu hakikat!
Meletakkan harapan...
Hanya bakal mengundang kekecewaan demi kekecewaan,
Kerana semuanya, masih tiada kepastian.
Hatimu kosong?
Isikanlah hatimu itu,
Jangan biar kekosongan menyelubung dirimu,
Berimanlah.
Yakinilah.
Bahawa Dia itu sentiasa dekat,
Amat-amat dekat,
Amat amat amat dekat.
Dia tahu kamu sedang berduka,
Dia Maha Tahu betapa berat ujian yang menimpa,
Dia mendengar segala rintih jiwamu itu,
Dirimu itu milik-Nya,
Dan pada-Nya jua ada pengubat jiwamu yang lara.
Isi hatimu...
Dengan cinta-Nya,
Syukurmu atas nikmat-nikmat yang kamu peroleh tidak terhitung jumlahnya.
Pengharapan yang kamu gantung hanya pada-Nya.
Sungguh,
Ia dapat menenangkan jiwa,
Setenang-tenangnya.
Bertawakkallah kepada-Nya
Yakinlah,
Dia punyai aturan untukmu,
Dan pastinya ia yang terbaik!
Sedang manusia itu hanya mampu bersangka-sangka...
Duhai insan,
Isi hati kecilmu itu...
Kerana sesungguhnya Dia sentiasa ada...!

Tuesday 20 December 2011

Dakwah Bukan Hobi

Adik : Kak, dakwah tu wajib ke?
Kakak : Ye dik. Dakwah tu wajib bagi semua umat Islam. Seperti hadis Nabi SAW "Sampaikanlah dakwah walau satu ayat". Adik seronok tak jadi umat Islam?
 Adik : Mestilah seronok kak. Saya seronok sangat dapat berpuasa di bulan Ramadhan, beraya di bulan Aidilfitri, seronok dengar nasyid, fesyen busana muslimah pun cantik-cantik malah orang-orang Islam banyak yang baik hati. Hehe.
Kakak : Kalau mahu seronok, kenalah berkorban untuk Islam,dik.  Komited dalam pengorbanan. Tak bolehlah seronok untuk dapatkan kepuasan nafsu kita sahaja, tapi dakwah ala kadar. Macam sikap orang Melayu "senang aku buat, susah aku tinggalkan". Menyembah Allah janganlah hanya di tepi.
"Dan di antara manusia ada yang menyembah Allah hanya di tepi, maka jika dia memperoleh kebaikan (kesenangan dunia) dia merasa puas, dan jika dia ditimpa suatu cobaan (musibah) dia berbalik ke belakang (murtad). Dia rugi di dunia dan di akherat. Itulah kerugian yang nyata." - Surah Al-Hajj (Ayat 11)
Adik : Tapi kan kak, kite kan 'busy'. Macam-macam benda nak kena buat.
Kakak : Emm...kita kena bezakan ikut keutamaanlah,dik. Mana satu yang lebih utama?
Adik : Antara 'study' dengan dakwah ke? Hari tu, adik ada dengar satu pengisian, study no.1 tapi dakwah bukan no.2. Kak, boleh tak kita buat kerja dakwah bila 'free' je?
Kakak : Haa..cuba adik fikirkan dakwah ni amanah, tanggungjawab, minat atau hobi?
Adik : Tentulah amanah kak. Tanggungjawab bagi setiap muslim yang telah mengucap syahadah.
Kakak : Tanggungjawab bukanlah penghalang untuk meminati sesuatu mahu pun mengembang minat. Minat seharusnya ditambah seiring dengan hobi. Walaupun hobi itu jarang sekali dilaksanakan.Dakwah juga bukanlah penghalang untuk teruskan hobi yang sudah sebati dalam diri kita. Hobi dan minat mungkin sebenarnya satu wasilah untuk dakwah. Apa hobi adik ye?
Adik : Err...adik suka menulis blog,kadang-kadang suka edit video. Tapi suka-suka je kak.
Kakak : Baguslah begitu. Tak salah bukan kalau kita gunakan hobi untuk berdakwah pula. Lagipun kita sedang berada dalam generasi Y dan Z, iaitu generasi celik internet. Jadi, dakwah kita pun kenalah lebih inovatif dan kreatif.
Adik : Owhhh....baru saya faham kak. Minat saya sebenarnya ada tiga. Tiga bidang yang cukup berbeza dalam tiga dunia yang berbeza. Perubatan, agama dan sains komputer. Antara logik, wahyu dan kreatif. Sebenarnya, agak sukar sekali nak menemukan tiga dunia ini. Tapi alhamdulillah bagi saya, ia satu kelebihan. Saya dapat kaitkan dan hubungjalinkan "mereka" bertiga di kotak minda saya yang satu.
Kakak : Allahuakhbar! Hebatnya adik! Dakwah kita ini dakwah hati. Untuk berdakwah, sememangnya kita harus memenangi hati manusia, selagi mana ia tidak berkompromi dengan prinsip Islam yang kita imani. Kalau kita gunakan medium-medium Barat mahu pun men'ciplak' teknologi Yahudi untuk memperluaskan agenda islamisasi, itu adalah satu kemestian.

Sungguh, tidak ada dakwah tanpa kasih sayang. Kalau kita tidak dapat mengasihi manusia itu, kita tidak akan mampu men'dakwah'nya membawanya kepada Allah. Hinggakan, kerana kasih sayang ini, kita tidak akan fikir dua kali pun untuk mengorbankan wang, tenaga dan masa kita demi membawanya kepada Allah Taala. Apa sahaja. Mintalah masa ini untuk ummah.
Dakwah itu satu kewajipan bagi setiap insan muslim yang mengaku bersaksi dengan kalimah suci 'Laailahaillallah Muhammadurrasulullah'.

"Kenapa kita perlu berdakwah? Bukankah kita ini khalifah Allah? Manusia ini tidak sempurna, ada sahaja kesilapan yang sengaja dibuat ataupun tidak sengaja. Namun, itu bukanlah alasan untuk tidak terus berdakwah. Manusia bebas menggunakan apa sahaja wasilah yang ada, selagi ia tidak bercanggah dengan syarak."
Dakwah : Antara amanah dan hobi? Apa pilihan anda?
"Sesungguhnya bai'ah (sumpah setia) dalam perjuangan bukan sekadar pada lafaz yang disaksikan. Bukan hanya tandatangan dan mengisi borang. Namun yang paling penting, bila mana kita berbai'ah, diri kita bukan lagi diri kita yang sebelumnya. Diri kita bukan lagi milik diri kita sepenuhnya, tetapi diri kita milik sepenuhnya kepada perjuangan Islam, di mana ada tuntutan Jihad, di situlah kita akan berada dan bekerja hingga ke akhir hayat kita dengan meletakkan sepenuhnya Al-Jihad Fi Sabiluna"

Meraih Pahal Melalui Facebook


Facebook ialah sebuah tapak web rangkaian sosial yang dikendali dan dimiliki secara persendirian oleh Facebook, Inc. Sejak 2006, sesiapa yang berumur 13 tahun ke atas dan memiliki alamat e-mel yang sah boleh menjadi pengguna Facebook. Facebook lebih menyasarkan golongan belia berbanding dewasa.
Pengguna boleh menambah rakan dan saling menghantar mesej, serta mengemaskini profil peribadi mereka sebagai makluman kepada rakan-rakan. Selain itu, pengguna juga boleh menyertai rangkaian yang dianjurkan oleh tempat kerja, sekolah, atau kolej.
Nama Facebook berasal daripada timangan yang digunakan untuk buku-buku yang diserahkan oleh pihak pentadbiran universiti kepada para penuntut pada permulaan tahun akademik di Amerika Syarikat dengan tujuan membantu penuntut saling mengenali.
Facebook diasaskan oleh Mark Zuckerberg bersama teman-teman sebiliknya dan rakan-rakan sekursus sains komputer Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz dan Chris Hughes. Pada mulanya, keahlian tapak web ini terhad kepada penuntut Harvard, tetapi kemudian beransur-ansur diperluaskan kepada kolej-kolej lain di kawasan Boston, Ivy League, dan Universiti Stanford.
Selepas itu, Facebook berkembang lagi untuk merangkumi mana-mana pelajar universiti, kemudian pelajar sekolah tinggi, dan akhirnya, sesiapa sahaja yang berumur 13 ke atas. Kini, tapak web ini dianggotai oleh lebih 400 juta pengguna aktif seluruh dunia.
Daripada Jabir bin Abdillah, Rasulullah S.A.W bersabda:
سَلُوا اللَّهَ عِلْمًا نَافِعًا ، وَاسْتَعِيذُوا بِاللَّهِ مِنْ عِلْمٍ لا يَنْفَعُ
Maksudnya: "Mohonlah kepada Allah ilmu yang bermanfaat, dan berlindunglah dengan Allah daripada ilmu yang tidak bermanfaat"
Hadis ini diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah dalam al-Musannaf, Abdun bin Humaid dalam al-Musnad, al-Fakihi dalam Fawaid Abi Muhammad al-Fakihi.
Meraih Pahala Bersama Facebook
Tajuk ini bukanlah menggalakkan kita terus berfacebook kerana termotivasi dengan terma 'pahala'. Ia cuma sebagai pendorong kepada kita untuk memanfaatkan masa yang terluang semasa berfacebook untuk memperoleh pahala dari-Nya.
1. Facebook Chat
Berbual menggunakan Facebook Chat sememangnya menyeronokkan. Sahabat yang jauh, terasa dekat. Masa yang lama, terasa singkat. Tambahan pula dengan adanya video call, seakan 'melekat' batang tubuh di hadapan komputer. Lepas seorang, seorang lagi. Hingga larut malam.
Adalah lebih baik jika chatting itu terisi dengan perkongsian ilmu yang bermanfaat. Boleh jadi ia perbincangan masalah dalam pembelajaran, perbincangan isu-isu agama ataupun sekadar bualan bagi mengeratkan ukhwah.
2. Status
Terkadang rasa lucu, geram, keliru, hairan dan seronok melihat ragam status rakan-rakan Facebook setiap hari. Ada yang jenis update status setiap jam. Ada yang suka meluahkan perasaan selepas putus cinta. Ada yang meluahkan kemarahan di Facebook.
Tidak kurang juga ada yang bergaduh, saling perli-memerli (sempat lagi tag 'musuhnya'). Bagi yang membaca status, jari-jemari ligat menekan 'like'. Ada juga yang menulis status dan mengharapkan 'like' yang banyak.  'Like' yang banyak mungkin satu kepuasan buat dirinya.
Tulislah status yang bermanfaat, diletakkan link ceramah agama dari Youtube, ataupun sekurang-kurangnya video-video menarik lucu dan berunsur nasihat dari blogger terkenal Malaysia seperti Mat Luthfi, Anwar Hadi atau Aiman Azlan .
Boleh juga diupload gambar-gambar bermanfaat, design testi yang menarik dari ILuvIslam, lukisan dari Rusydee Artz, komik Islamik dari MFR Studio dan juga Komik Dakwah Online.
3. Group
Kadangkala, aplikasi group ini agak menyerabutkan. Apabila semuanya serba mudah di dalam Facebook ini, maka makin ramai yang membuat group. Lalu di add masuk ramai orang ke dalamnya. Kadangkala, tidak pernah diminta untuk masuk ke group itu, tahu-tahu sudah di add masuk.
Bagi saya sendiri, saya buangkan sahaja group-group yang tidak membawa manfaat dan sertai group yang bermanfaat. Cuba turut serta dalam perbincangan group dan lontarkan pandangan, ilmu mahupun komen anda.
Usah sekadar menjadi 'silent reader' kerana kadangkala kefahaman kita terhadap sesuatu isu mungkin tersasar dari maksud sebenar. Jadi, dengan mengemukakan pandangan atau komen, kefahaman anda mungkin lebih jelas.
4. Share
Gunakan kemudahan share untuk berkongsi notes dan status rakan-rakan yang bermanfaat. Adalah lebih baik dikongsi status ilmuan-ilmuan agama kita seperti Ustaz Zaharuddin, Ustaz Hasrizal, dan Ustaz Azhar Idrus atau status motivasi dari Prof. Dr. Muhaya, Wardina Safiyyah dan lain-lain (sekadar menyebut beberapa nama).
5. Notes
Kemudahan aplikasi Notes di Facebook wajar diguna sebaiknya untuk dakwah. Apa sahaja yang anda peroleh dari pembacaan anda, ringkaskan dan letak di Notes kemudian tag seramai mungkin rakan-rakan anda.
Kita sudah ada majalah Solusi, Tarbawi, GenQ, Fardu Ain, Majalah i, Q & A, dan lain-lain. Malaysia sudah 'kebanjiran' dengan majalah-majalah agama. Manfaatkannya untuk mengutip dan menyebarkan seberapa banyak mutiara ilmu di dalamnya.
Apa yang penting, pastikan apa yang anda peroleh dari pembacaan anda perlu dari sumber yang tepat dan bukannya mesej berantai, risalah-risalah yang entah dari mana sumbernya, dan emel yang tiada asasnya. Tidak pasti? Rujuklah individu yang lebih arif.
Firman Allah S.W.T:
"Bertanyalah kepada yang mengetahui jika kamu tidak mengetahui" (Surah an-Nahl ayat 43)
Penutup
Mudahnya mendapat manfaat dan pahala dari Facebook. Ingatlah, Facebook bukanlah segala-galanya dalam hidup anda namun segala-galanya dalam hidup anda boleh menjadi lebih bermakna dengan manfaat dari Facebook.
Bahagi masa anda dengan sebaiknya apatah lagi jika anda masih bergelar penuntut ilmu. Semoga manfaat yang kita peroleh, mampu menjadi bekal kita di sana nanti. Wallahualam.

Allah Ajarkan Kita Tentang Menjaga Perasaan Seorang Ibu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani kita semua setiap saat dan setiap ketika.
Jika dikumpulkan semua kasih sayang ibu di dunia ini dari zaman Nabi Adam sehingga kiamat nanti tidak akan dapat menyamai kasih sayang Allah kepada hamba-hambaNya.
Bayangkan kasih seorang ibu, cubalah kita ukur kasihnya kepada anaknya, boleh diukur?
Sekiranya ada alat yang boleh mengukur kasih sayang ibu pastinya tak terbaca alat itu kasih dan sayangnya seorang ibu kepada anak-anaknya kerana setiap kali ia ingin mengukurnya, saya yakin bacaannya akan sentiasa melebihi had ukuran alat itu.
Cuba bayangkan ukuran kasih dan sayang Allah pada hamba-Nya.
Saya tidak dapat menceritakan peristiwa yang berlaku yang membuatkan saya faham kerana saya khuatir ia boleh menyinggung hati mereka yang terlibat di dalam peristiwa tersebut.
Namun di dalam peristiwa ini saya diajarkan Allah bahawa seorang ibu itu pastinya tidak sempurna kerana seorang ibu adalah manusia yang mempunyai banyak kelemahan seperti kita juga.
Saya perhatikan dan amati di dalam masyarakat kita banyak sifat ibu yang mungkin menyebabkan anak-anak tidak begitu gembira, contohnya suka berleter, lebih menyayangi anak yang lain (persepsi), suka menjerit (saya pernah mendengar seorang ibu yang asyik menjerit pada anak-anaknya dari mula saya datang kerumahnya sampai saya balik), suka membazir, suka menunjuk-nunjuk, suka mengumpat menantu, suka bersolek dan sebagainya.
Apapun kelemahan ibu, kita tidak boleh sama sekali mengecilkan hatinya baik dengan apa cara sekalipun.
Sebagai manusia biasa yang hatinya boleh terluka, saya yakin antara luka yang paling dalam adalah apabila dilukai oleh anaknya sendiri.
Anak yang disusuinya, anak yang membuatkan dia tidak tidur malam berhari-hari, anak yang dijaganya seperti menatang minyak yang penuh.Kita wajib menghormati ibu pada setiap waktu.
Ada seorang yang saya kenali yang suka bertanya kepada Allah di dalam urusan kehidupannya.
Pada suatu hari dia mengatakan bahawa dia sangat bersyukur dibimbing Allah, diberi hidayah oleh Allah sehingga dia dapat mengenali Allah dan mendapat nikmat ketenangan hidup di bawah lembayung rahmat kasih sayang Allah.
Satu hari ketika out-station di Perak, dia mengatakan bahawa dia mahu tahu kenapa Allah memilih dia dari kalangan keluarganya dan saudara-maranya untuk diberi hidayah, kerana kehidupan yang dilalui sama seperti mereka tetapi Allah memilihnya untuk diberi-Nya petunjuk. Maka dia pun bertanya kepada Allah.
Alhamdulillah menurutnya, tidak sampai beberapa saat dia bertanya Allah memberikan jawapannya.Mahu tahu apa jawapannya?
Allah terus mengingatkan kepadanya kisah ketika dia masih seorang pelajar.
Ketika di universiti, dia bekerja sambil belajar dan hampir semua wang yang diperolehinya ketika belajar itu diberikannya kepada ibunya. Hebatnya ganjaran Allah kepada seseorang yang menjaga ibunya.
Tiada ganjaran yang lebih bermakna dari ganjaran hidayah dan petunjuk Allah.
Namun balasan Allah juga pastinya hebat bagi seseorang yang menyakiti hati ibu.Ampuni kami Ya Allah.
Setelah diberi kefahaman ini, saya terbayangkan pengorbanan ibu saya yang membesarkan saya dan adik-adik sebagai ibu tunggal.
Setiap petang apabila ibu saya pulang dari kerja, walaupun keletihan, ibu akan terus ke dapur untuk memasakkan kami makanan.
Saya masih dapat melihat keletihan ibu ketika itu dan masih dapat membayangkan keletihannya menguruskan kami.
Pastinya kita tidak dapat membalas kasih dan pengorbanan ibu tetapi sekurang-kurangnya kita berusaha untuk menjaga perasaan dan tidak melukakan hatinya.
Semoga Allah mengampuni kita di atas segala keterlanjuran kata dan perbuatan yang telah mengecilkan hati ibu.
Sekiranya ibu kita masih ada bersyukurlah kerana ibu akan mendoakan kita setiap hari.
Insya-Allah.sekiranya ibu kita sudah tiada, doakanlah keselamatan untuknya di alam sana sebagaimana dia sering mendoakan kita ketika hayatnya.

memang benar

Memang benar suatu ketika dahulu
engkaulah satu-satunya yang dicinta
Memang benar suatu ketika dahulu
engkaulah yang dirindu
Memang benar suatu ketika dahulu
hanya namamu terukir dan mekar di kalbu
dan
Memang benarlah suatu ketika dahulu
engkaulah yang dipuja..


Setiap saat
Setiap waktu
dan setiap helah nafas
hanya engkau dan tiada lain,
engkau seorang
yang bermain di ingatan
seringkali membuat ku tersenyum sendirian..


Setelah ku dapati
engkau curang dalam bercinta
Hilang semua perasaan
yang pernah terbit untukmu
suatu ketika dahulu...


Seminit yang lalu
kau kata kau cinta padaku
tetapi
seminit kemudian
tuduhan bertubi-tubi kau limparkan
aku juga kau salahkan
Jenuh aku mendengarnya..



Aku tahu, aku pasti..
semuanya hanyalah alasan semata
agar engkau dapat melepaskan diri dariku..
dari cintaku..
kerana hatimu sudah letih,
berpura-pura mencintaiku..
kerana hatimu sudah jemu,
melihat aku di hadapanmu..


Kerana nafsu,
kau buta mata dan hati
Harta, pangkat dan nama
kau gunakan untuk memuaskan nafsu sarakah
terpedaya aku dengan kata-kata manismu
mujurlah aku sedar sebelum terlewat..


Telah Dia tunjukkan kebenaran
yang mana baik dan buruk
ubahlah, taubatlah sayang...
takut andai kau dipanggil nanti,
tak sempat pula kau menginsafi segalanya.


Tuhan, leraikanlah dia dari ikatan nafsu
agar tak terus hanyut beraruskan nafsu...

satu pesanan yang tidak bertanda

pesanan terakhir kau yang tak bernoktah
ralik benar ku menela'ah
kaca kaca di mata mula berderai
esakan tangisanku kedengaran..

Suatu perasaan yang tak boleh didefinasikan
lama juga telah ku simpan
makin hari makin membara
mentelah aku sudah berabad tidak bersua dengannya..

Bonda ayahnda
pada mulanya katamu kau akan pulang
hanya dalam masa sebulan lagi
setelah lama aku menanti,
mengapa tiada khabar berita darimu
aku masih lagi dalam penantian..

Hari berganti hari,
masih sepi tanpa teman,
mainan tidurku ternyata bukan mainan,
tapi adala kenyataan,
pergimu bukan sebulan
tetapi selamanya...

Tak dapat tidak,
terpaksa ku terima takdir ini..

Apabila ku lihat tetamu tetamu Allah bertawaf,
aku tercari cari antara mereka adakah kamu,
Apabila takbir iduladha berkumandang,
dapatku saksikan tamu tamu Allah itu bertakbir,
memakai baju warna-warni
menitiskan airmata sayu dan rindu
pada keluarga yang jauh..

Bonda Ayahnda,
kau bersemadi di tanah yang suci
ku iringkan doa tiap kali merindui
moga tenanglah rohmu di sana nanti...

kesunyian hidup....

aku kini tidak lagi seperti dulu....dulu setiap saat aku dapat rasa kebahagian itu..tapi setelah dia pergi meninggalkan aku, aku rasa macam kosong je setiap hari takder apa yang istimewa. kalau dulu setiap pagi,bangun dengan senyuman tapi sekarang takder dah macam tu. setiap kali buka henset mesti ada sms dari dia ucap selamat pagi dan sebelum tidur pula akan ada sms ucap selamat malam, tak pun sebelum tidur mesti aku akan mendengar suara dia dulu...kini semua tu cuma tinggal kenangan bagi aku. kini aku sudah tiada pengganti lagi setelah dia pergi meninggalkan aku. haha..biasa la hidup macam ni la...kalau kita sudah terbiasa ada orang yang kita sayang selalu disamping kita dan bila dah takder lagi ini la yang akan kita rasa.....kini aku haanya keseorang...biar la semua kenangan aku dan dia hanya menjadi sejarah yang aku takkan ingat lagi....

Sejarah dan kenangan buat aku....

Gambar ketika aku bersama skuad futsal negeri Kelantan bagi temasya Sukan Malaysia ke-14 atau lebih dikenali sebagai Sukma pada 2011. Sungguh aku tak sangka yang aku akan berjaya mewakili futsal negeri Kelantan pada tahun ini. Memang sudah lama aku berazam untuk bermain ke tahap lebih tinggi seperti mewakili negeri dan negara. Sebelum aku sampai ke sini aku tempuhi pelbagai halangan dan rintangan. Pada hari pertama selection lagi aku perlu bangun awal dan peri ke tempat selection diadakan itu. Masa tu aku hanya pergi seorang diri tanpa mengenali peserta-peserta lain. Hari pertama selection tu aku tak terfikir pun aku akan terpilih kerana melihatkan orang lain bagus-bagus, tambahan pula dia orang macam dah kenal je dengan coach tu dan terus aku terfikir mungkin dia orang akan terpilih...tapi alhamdulillah berkat dari usaha aku, aku terpilih untuk peringkat selection seterusnya. Jadi aku tak pernah berputus asa bagi meneruskan usaha aku tu. Dan aku bersyukur tersenarai dalam skuad 12 orang pemain yang bakal dibawa ke temasya Sukan Malaysia tu...Sebelum tiba Sukma macam biasa la, mesti ada latihan dan diadakan friendly game. Jadi dalam masa tu aku bukan main susah payah lagi nak ulang alik dari rumah aku ke kat latihan. Dah la jauh pergi sorang diri pula tu. Macam-macam aku hadapi masa tu. Tapi kerana impian yang dah lama aku tunggu aku tabahkan diri dan tidak pernah putus asa. Alhamdulillah dari hari ke hari prestasi aku semakin meningkat dan aku terpilih untuk bermain dalam skuad utama. Pada Temasya tersebut kami diundi 1 kumpulan bersama tuan rumah iaitu Kuala Lumpur dan 2 pasukan lagi adalah Perak dan Sabah. Pada game pertama bertemu Kuala Lumpur kami tewas walaupun telah mendahului, tapi alhamdulillah kami masih diberi peluang untuk ke suku akhir setelah menang ke atas Sabah dan seri dengan Perak. Pada peringkat suku akhir kami tewas ditangan Johor selaku Juara Futsal Sukma tersebut dengan menewaskan Negeri Sembilan 1-0 pada perlawanan akhir. Walau pun kami hanya layak ke suku akhir tapi telah banyak pengalaman yang kami perolehi...Saya rasa gembira kerana pernah terpilih untuk mewakili negeri saya sendiri...itulah impian saya sejak saya menceburi sukan futsal pada tahun 2006 lagi. Kini ianya menjadi Sejarah buat saya.